Friday, December 19, 2008

Pinjaman Koperasi dan Bank utk Kakitangan Kerajaan melalui Biro Angkasa

Pembiayaan Al-Inah

Kemudahan pembiayaan peribadi Al-Inah ini diperkenalkan untuk membantu kakitangan kerajaan dan badan berkanun dalam menangani keperluan kewangan seperti membuat bayaran pendahuluan kereta / rumah, pembayaran kos pengubahsuaian rumah, menyelesaikan hutang sediada dan lain-lain keperluan kewangan.

Syarat Asas

1. Warganegara Malaysia berumur antara 18 sehingga 57 tahun.
2. Kakitangan kerajaan dengan pendapatan RM500 ke atas.

Jumlah Pembiayaan Dan Tempoh Bayar Balik

1. Pembiayaan sehingga RM250,000.00* atau ansuran bulanan yang tidak melebihi 60% daripada pendapatan kasar bulanan.
2. Maksimum 20 thn

Penjamin

Tiada Penjamin.

Soalan LAzim ( FAQ)


Siapakah Kami?
Koperasi yang berdaftar dibawah Akta Koperasi 1993.

Siapakah yang layak memohon pembiayaan Koperasi?
Mereka yang berkhidmat disektor kerajaan dan badan berkanun, yang berusia diantara18-56 tahun, berjawatan tetap dan ber-khidmat melebihi 6 bulan.

Berapakah jumlah pembiayaan maksimum?
Pembiayaan maksimum adalah RM 250,000.00 selagi potongan gaji bulanan tidak melebihi 60 peratus.

Bagaimanakan cara permohonan boleh dibuat?
Permohonan pinjmanan boleh dibuat secara on-line melalui e-borang di laman web kami ataupun melaui agen kami diseluruh Negara. Sila hubungi nombor agen kami sebagaimana yang tertera di laman web.

Adakah pembiayan ini selaras dengan hukum syariah?
Ya. Pembiayaan ini adalah selaras dengan semua peruntukan syariah.

Adakah pembiayan ini selaras dengan undang-undang kerajaan?
Ya. Pembiayaan ini adalah selaras dengan semua peruntukan undang-undang kerajaan.

Apakah yang dimaksudkan dengan peratus potongan?
Jumlah potongan (termasuk pembiayaan ini) tidak melebihi 60 Peratus daripada gaji kasar, termasuk elaun-alaun tetap.

Apakah yang dimaksudkan dengan elaun-elaun tetap?
Semua jenis elaun/imbuhan yang bersifat tetap walaupun pemohon bertukar unit atau bahagian. Sebagai contoh : elaun khidmar awam, elaun perumahan, elaun wilayah, elaun keraian, elaun kritikal, elaun khas kementerian dan lain-lain.

Apakah pemohon perlu membayar kesemua caj yang dikenakan sekiranya permohonan diluluskan?
Tidak .Kesemua caj tersebut akan dipotong dari jumlah pembiayaan yang diluluskan.

menyelesaikan tanggungan lain?
Boleh, Sila sertakan penyata baki tanggungan semasa pemohon semasa membuat permohonan. Bagaimanapunia tertakluk kepada jumlah potongan gaji yang baru di mana ia tidak melebihi kadar 60 peratus yang ditetapkan.

Berapa peratuskah jumlah bersih pinjaman yang akan diterima oleh pemohon?
Pemohon akan mendapat jumlah keseluruhan pinjaman setelah ditolak fi masuk, fi proses, insuran, dan setem duti dan lain-lain caj seperti yang ditetapkan dari masa kesemasa.

Berapakah tempoh pemprosesan pembiayaan ini?
Tempoh pemprosesan ialah selama 3 hari bekerja. Setiap permohonan akan dimaklumkan samada diluluskan atau tidak dalam tempoh tersebut.

Bilakah pengeluaran boleh dibuat?
Pengeluaran akan dibuat dalam mada 2 hari bekerja selepas kelulusan diterima dan semua surat penjanjian telah disempurnakan. Pengeluaran yang melibatkan pembayaran penyelesaian pinjaman lama akan bergantung kepada secepat mana penyata baki pinjaman tersebut diperolehi.

Bagaimanakah cara pengeluaran dibuat?
Pengeluaran akan dibuat dengan mengkreditkan akaun peminjam seperti yang dimaklumkan oleh peminjam.

Adakah “blacklist” boleh memohon?
Blacklist juga boleh memohon, tetapi tertakluk kepada syarat-syarat tambahan. Sila rujuk kepada agen jualan untuk maklumat lanjut.

Berapakah tempoh bayaran balik pembiayaan?
Tempoh adalah dari 12 bulan sehingga 240 bulan

Bolehkah penyelesaian pembiayaan dibuat sebelum tempoh sebenar?
Ya. Penyata baki penjaman untuk penyelesaian boleh diminta daripada koperasi pada bila-bila masa dalam tempoh pembiayaan tersebut.

Adakah penyelesaian pembiayaan melibatkan apa-apa kos tambahan?
Tiada.

Berapakah kadar keuntunggan pembiayaan?
Kadar keuntunggan adalah dari 4% setahun bergantung kepada rekod CCRS & CTOS

Bagaimanakah cara pembayaran balik untuk pembiayaan ini?
Bayaran balik adalah melalui potongan gaji bulanan melalui Biro Perkhidmatan Angkasa

Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon pembiayaan ini?
Dokumen yang diperlukan adalah 3 salinan kad pengenalan, 3 salinan surat beranak (PDRM sahaja), 1 bulan slip gaji asal terkini dan 3 salinan setiap bulan terkini (semua dokumen perlu pengesahan majikan) dan penyata penyelesaian awal (jika berkaitan)